>>>>>

Iklan Pada Trak Ini Menyebabkan 517 Kemalangan Sehari




Iklan tidak senonoh dipaparkan pada 30 trak yang menunjukkan seorang wanita memegang payudara dengan kedua belah tangan tanpa menutup puting itu menarik perhatian orang ramai dengan ayat,

"MEREKA MENARIK!"



Namun apabila trak terbabit berada di jalan raya, ia telah menyebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan 517 kemalangan yang dilaporkan.

Pihak polis tempatan yang mendapat banyak aduan dari pemandu yang tidak berpuas hati bertindak menghantar pegawai mereka untuk mencari dan mengharamkan trak payudara itu dari berada di jalan raya Moscow lagi.

Illdar Yuriev, 35, berkata, "saya dalam perjalanan ke mesyuarat perniagaan. Saya terlihat trak ini dengan gambar payudara yang amat besar lalu di sebelah kereta.

"Kemudian kereta saya telah dilanggar oleh sebuah kereta dari belakang yang mengatakan dia telah terganggu oleh trak berkenaan.

Menurut jurucakap dari agensi pengiklanan Sarafan yang bertanggungjawab terhadap iklan berkenaan berkata,

"Kami merancang untuk membawa iklan yang baru dan berlainan ke pasaran bagi menggalakan syarikat lain untuk menempatkan iklan mereka di sisi trak. Kami juga ingin menarik perhatian orang ramai dengan mengguna format baru ini.

Mengulas mengenai kemalangan yang terjadi,

"Dalam semua kes kemalangan tersebut, pemilik kereta akan menerima pampasan dan kos baikpulih dari kami. - Daily Star
0 Komentar untuk "Iklan Pada Trak Ini Menyebabkan 517 Kemalangan Sehari "

 
Copyright © 2014 Tabek Puang - All Rights Reserved
Template By Catatan Info